Karnival Anak Muda '11: Episod 1 | Jom ke Karnival Anak Muda 2011 !!!!: Jemput datang beramai-ramai ke KARNIVAL ANAK MUDA 2011 anjuran GAMIS dan Kerajaan Negeri Selangor. insyaAllah akan berlansung di Stadium Melawati Shah Alam & Perbadanan Perpustakaan Shah Alam,Selangor pada 21-23oktober 2011.
Anak muda amat berperanan dalam menjana rakyat ke arah masyarakat yang dinamik, berintegriti dan bersatu padu. Anak muda merupakan pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan. Anak muda hari ini juga merupakan gambaran negara pada masa hadapan. Justeru, program ini direncana khusus untuk anak-anak muda sebagai alternatif membentuk jati diri anak muda. Selain itu, program ini juga menyediakan peluang untuk anak muda mengisi masa dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Kami berharap program ini sedikit sebanyak dapat membantu melahirkan anak muda Malaysia yang mampu menyumbang bakti kepada negara. Pada Allah sahaja disandarkan harapan agar memudahkan serta melancarkan program yang bakal dilaksanakan nanti.
Objektif :
i. Melahirkan anak muda yang berdaya saing dari segi keilmuan, ekonomi, sosial, kemasyarakatan dan tenaga kerja.
ii. Menjalinhubungkan serta mencapai kesepaduan utuh dalam aspek berkaitan diantara gerakan-gerakan anak muda dalam & luar negara.
iii. Mendidik anak muda berkepimpinan serta cakna perkembangan & isu semasa dalam & luar negara.
iv. Merakyat anak muda secara sepakat dalam mendokong agenda dakwah.
v. Menyuburkan semangat bersukan dan beriadah di kalangan anak muda.
vi. Berkongsi pandangan dan pendapat antara anak muda dalam segenap aspek berkaitan & kepentingan umum.
vii. Mendekati anak muda pelbagai latar belakang serta menjiwai segenap lapisan masyarakat.
viii. Menyuntik semangat bersatu padu antara anak muda pelbagai agama & bangsa.
Program-program GAMIS
bersempena
KARNIVAL ANAK MUDA 2011
21 Oktober 2011
Sidang Meja Bulat Gerakan- Gerakan Mahasiswa Masa : 2.30 petang - 5.00 petang
Kuliah Khas bersama : Ustaz Azhar Idrus Masa : 7.30 malam - 8.30 malam
PERASMIAN KAMU’ 11 Oleh: YAB Tan Sri Khalid Bin Ibrahim (Menteri Besar Selangor)
jom Cakna Palestin bersama Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-idrus (Mursyid Imam Muda 1,Muallim TV AL-HIJRAH)
*adik Zaid Najmuddin(finalist adik-adikku tv1)
Pelancaran Kelab Fotografi Anak Muda Oleh: Ustaz Azhar Idrus (Digital Mukmin)
Masa : 9.00 malam - 11.30 malam
22 Oktober 2011
Simposium Dakwah Kampus (SIMDAK) Sidang Dewan Mahasiswa Masa : 9.00 pagi - 1.15 petang
Konvoi Motorsikal Anak Muda Pelancaran Kelab Motorsikal Anak Muda Masa : 2.30 petang - 3.30 petang
Pesta Sukan “Anak Muda Sayang Malaysia” Masa : 2.30 petang - 4.15 petang
Sambungan – Pesta Sukan “Anak Muda Sayang Malaysia”
Penyampaian Hadiah Anugerah Tokoh Atlit Mahasiswa Masa : 5.00 petang - 6.30 petang
Sembang Santai Pimpinan Anak Muda bersama “Facebookers” & “Bloggers” Masa : 9.00 malam - 11.30 malam
23 Oktober 2011
Pidato Si Cilik Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Debat Varsiti Masa : 9.00 pagi - 11.15 pagi
Bengkel Personaliti Anggun Masa : 11.30 pagi - 1.30 petang
Bicara Rumah Tangga In Person With “Prof Dr. Muhayya Muhammad” Masa : 2.15 petang - 4.15 petang
Konsert Kesenian “Gegar Anak Muda”
Penyampaian Anugerah &Hadiah Pemenang (Pidato Si Cilik, Debat Varsiti, Anugerah Tokoh Anak Muda)
PERASMIAN PENUTUP KAMU’11 oleh: YB. Dr. Hjh Halimah Binti Ali Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor
Masa : 8.30 malam - 12.00 pagi
*tertakluk kepada sebarang perubahan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|