Friday 7 October 2011

Karnival Anak Muda '11: Episod 1 | Jom ke Karnival Anak Muda 2011 !!!!

Karnival Anak Muda '11: Episod 1 | Jom ke Karnival Anak Muda 2011 !!!!: Jemput datang beramai-ramai ke KARNIVAL ANAK MUDA 2011 anjuran GAMIS dan Kerajaan Negeri Selangor. insyaAllah akan berlansung di Stadium Melawati Shah Alam & Perbadanan Perpustakaan Shah Alam,Selangor pada 21-23oktober 2011.


Anak muda amat berperanan dalam menjana rakyat ke arah masyarakat yang dinamik, berintegriti dan bersatu padu. Anak muda merupakan pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan. Anak muda hari ini juga merupakan gambaran negara pada masa hadapan. Justeru, program ini direncana khusus untuk anak-anak muda sebagai alternatif membentuk jati diri anak muda. Selain itu, program ini juga menyediakan peluang untuk anak muda mengisi masa dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Kami berharap program ini sedikit sebanyak dapat membantu melahirkan anak muda Malaysia yang mampu menyumbang bakti kepada negara. Pada Allah sahaja disandarkan harapan agar memudahkan serta melancarkan program yang bakal dilaksanakan nanti.

Objektif :

                    i.            Melahirkan anak muda yang berdaya saing dari segi keilmuan, ekonomi, sosial, kemasyarakatan  dan tenaga kerja.

                  ii.            Menjalinhubungkan serta mencapai kesepaduan utuh dalam aspek berkaitan diantara gerakan-gerakan anak muda dalam & luar negara.
                iii.            Mendidik anak muda berkepimpinan serta cakna perkembangan & isu semasa dalam & luar negara.
                iv.            Merakyat anak muda secara sepakat dalam mendokong agenda dakwah.
                  v.            Menyuburkan semangat bersukan dan beriadah di kalangan anak muda.
                vi.            Berkongsi pandangan dan pendapat antara anak muda dalam segenap aspek berkaitan & kepentingan umum.
              vii.            Mendekati anak muda pelbagai latar belakang serta menjiwai segenap lapisan masyarakat.
            viii.            Menyuntik semangat bersatu padu antara anak muda pelbagai agama & bangsa.



Program-program GAMIS 


bersempena 
KARNIVAL ANAK MUDA 2011

21 Oktober 2011

Sidang Meja Bulat Gerakan- Gerakan Mahasiswa
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang

Kuliah Khas bersama : Ustaz Azhar Idrus
Masa : 7.30 malam - 8.30 malam

PERASMIAN KAMU’ 11
Oleh: YAB Tan Sri Khalid Bin Ibrahim
(Menteri Besar  Selangor)

jom Cakna Palestin bersama
Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-idrus
(Mursyid Imam Muda 1,Muallim TV AL-HIJRAH)

*adik Zaid Najmuddin(finalist adik-adikku tv1)

Pelancaran Kelab Fotografi Anak Muda
Oleh: Ustaz Azhar Idrus (Digital Mukmin)

Masa : 9.00 malam - 11.30 malam

22 Oktober 2011

Simposium Dakwah Kampus (SIMDAK)
Sidang Dewan Mahasiswa
Masa : 9.00 pagi - 1.15 petang

Konvoi Motorsikal Anak Muda
Pelancaran Kelab Motorsikal Anak Muda
Masa : 2.30 petang - 3.30 petang

Pesta Sukan “Anak Muda Sayang Malaysia”
Masa : 2.30 petang - 4.15 petang

Sambungan –
Pesta Sukan “Anak Muda Sayang Malaysia”

Penyampaian Hadiah
Anugerah Tokoh Atlit Mahasiswa
Masa : 5.00 petang - 6.30 petang

Sembang Santai Pimpinan Anak Muda bersama “Facebookers” & “Bloggers”
Masa : 9.00 malam - 11.30 malam

23 Oktober 2011

Pidato Si Cilik
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi

Debat Varsiti
Masa : 9.00 pagi - 11.15 pagi

Bengkel Personaliti  Anggun
Masa : 11.30 pagi - 1.30 petang

Bicara Rumah Tangga
In Person With “Prof Dr. Muhayya Muhammad”
Masa : 2.15 petang - 4.15 petang

Konsert Kesenian “Gegar Anak Muda”

Penyampaian Anugerah &Hadiah Pemenang (Pidato Si Cilik, Debat Varsiti, Anugerah Tokoh Anak Muda)

PERASMIAN PENUTUP KAMU’11
oleh: YB. Dr. Hjh Halimah Binti Ali
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor

Masa : 8.30 malam - 12.00 pagi

*tertakluk kepada sebarang perubahan

No comments:

Post a Comment