Wednesday 4 January 2012

buatmu wahai insan bergelar PENYANYI !!

Salam kerinduan buat sahabat2 bloggers yg disayangi kerana ALLAH SWT sekalian. Rasa rindu hendaknya hendak menitipkan sedikit ILMU,PERKONGSIAN dan KATA2 NASIHAT dekat blog saya yg tidak seberapa ni. 2bulan juga tidak sentuh perihal blog ni. Bukan apa,komitment sebagai seorang MAHASISWA menghalang sedikit dari saya menitip seuntai kata dkt blog kesayangan hamba ni. ^_^ . Sedar x sedar,sudah masuk hari ke 4 kita berada dalam tahun 2012, macamana dgn tahun2 sebelum ni?tercapai kah apa yg kita hajati? melangkah ketahun baharu ini, Saya pasti ramai yg mempunyai segala macam azam nak di capai.kan? apa pun azam yg kita nak capai,berbalik la kepada cara ISLAM yer sahabat yg dikasihi Allah sekalian.. Biarlah niat kita untuk capai azam itu IKHLAS KERANA ALLAH TAALA.. oh ya,berbalik pada "title" kat atas iaitu PENYANYI. Saban hari,minggu,bulan,tahun ada saja program bakat yang hendak mencari PENYANYI baru. Tumbuh bagai cendawan ketika hujan,buka channel ni menyanyi,buka channel lagi satu menyanyi juga. Hiburan berbentuk kelalaian seolah2 diangkat martabatnya oleh sesetengah siaran penyiaran di  bumi MALAYSIA yg tercinta ini. apa yg kita dapat dari program2 sedemikian? banyak cara lagi kita nak cari rezeki kawan..


    Segala puji bagi Allah,Selawat dan salam teruntuk kepada utusan Allah, dan keluarga serta sahabat2nya.
Hai sekalian insan yang bergelar penyanyi, Assalamualaikum warahmtullhi wabarakatu. Aku doakan selalu semoga Allah s.w.t memberi taubat untukku dan engkau. Sesungguhnya, kita memanggung hanya dalam bentuk kepatuhan (taat) kepada Allah s.w.t, penyebaran agama, dan meninggikan panji Islam Laa IlaahaillAllah Muhammad Rasulullah, tidak ada yang lain.


  Adapun penyanyi yang naik diatas pentas ini tidak dikenal dan diakui Islam. Benar, ia memang naik,tapi hakikatnya ia naik dan memanjak ke bawah. Benar, ia memang bernyanyi untuk menyenangkan orang, tapi hakikatnya ia menyesatkan pendengarannya. Benar, ia memang bintang, tapi bintang kesesatan. Benar, ia memang digemari dan disenangi seperti burung bulu-bul yang senang berkicau melantunkan suaranya yang indah, tapi hakikatnya ia hanya penghibur orang2 bodoh, tolol, dan mabuk, yang sama sekali tidak mengenal Allah s.w.t.


    Sebab itu wahai penyanyi, Sesungguhnya engkau masih beragama Islam. Maka bertakwalah kepada Allah dalam hidupmu, suaramu, hatimu dan waktumu.


    Wahai penyanyi, Tidak cukup sesatkah kita umat Islam dengan nyanyian yang engkau lantunkan? Sesungguhnya umat ini telah tenggelam dalam jajahan orang lain lebih dari lima puluh tahun lamanya. Mereka adalah generasi Al-Quran, generasi Abu Bakar, generasi Umar, Usman dan Ali, generasi Salahuddin, Thariq bin Ziyad. Mereka tenggelam dalam nyanyian-nyanyian yang dilantunkan sang penyanyi. Ayah, Ibu, Anak dan saudara, Semuanya pada berkumpul dalam satu ruangan, mendengar nyanyian.


   Inikan kehidupan yang Islami?Di mana dan bagaimanakah masa depan anak-anak mereka? Firman Allah swt ;
           "Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu) Al-Furqaan ayat 44.


   Tidakkah lebih baik jika suaramu yang indah itu engkau pakai untuk melantunkan bacaan Al-Quran? Tidakkah lebih baik jika engkau lantunkan Al-Quran di dalam Masjid sambil menangis takut kepada Allah swt? Mahukah jika aku doakan engkau bertakwa kepada Allah swt agar tidak lagi menyesatkan umat yang telah engkau rosakkan akhlak dan moralnya? Ingat !! Allah swt akan meminta pertanggungjawapanmu atas semua yang engkau lakukan pada umat ini.


    Saudaraku, Taubatlah kepada Allah swt sebab, nyanyian yang engkau anggap boleh itu jelas haramnya disis Allah swt!! 


Hijjaz dihatiku ! dari dengar artis yang xberfaedah. Baik dgr lagu2 Hijjaz yg banyak Nasihatnya untuk kita.




     WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATU..


Hamba yang takutkan Allah,
09.10pm,
04-01-2012,
Kuis,Bangi

1 comment:

  1. assalamualaikum..
    dtg ziarah dr fb mal..
    perkongsian yang baik..

    selamat menghadapi exam yang bakal tiba..
    semoga kita diberi kejayaan yang setimpal dengan usaha..amin..

    ReplyDelete